Allah telah mewahyukan kepada Adam AS: Wahai Adam! Tunaikanlah haji di Ka’bah sebelum kamu mati

TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله تعالى إلى آدم عليه السلام؛ أن يا آدم! حج هذا البيت قبل أن يحدث بك حدث الموت. قال: وما حدث علي يا ربي؟! قال: ما لا تدري، وهو الموت. قال: وما الموت؟ قال: سوف تذوقه. قال: من أستخلف في أهلي؟ قال: اعرض ذلك على السماوات والأرض والجبال؛ فعرض على السماوات فأبت، وعرض على الأرض فأبت، وعرض على الجبال فأبت، وقبله ابنه؛ قاتل أخيه، فخرج آدم عليه السلام من أرض الهند حاجاً، فما نزل منزلاً أكل فيه وشرب؛ إلا صار عمراناً بعده وقرى، حتى قدم مكة؛ فاستقبلته الملائكة بالبطحاء، فقالوا: السلام عليك يا آدم! بر حجك، أما إنا قد حججنا هذا البيت قبلك بألفي عام. – قال أنس رضي الله عنه: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: والبيت يؤمئذ ياقوتة حمراء جوفاء، لها بابان، من يطوف يرى من في جوف البيت، ومن في جوف البيت يرى من يطوف -؛ فقضى آدم نسكه؛ فأوحى الله إليه: يا آدم! قضيت نسكك؟ قال: نعم يا رب! قال: فسل حاجتك تعط. قال: حاجتي أن تغفر لي ذنبي وذنب ولدي. قال: أما ذنبك يا آدم؛ فقد غفرناه حين وقعت بذنبك، وأما ذنب ولدك؛ فمن عرفني، وآمن بي، وصدق رسلي وكتابي؛ غفرنا له ذنبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah mewahyukan kepada Adam AS: Wahai Adam! Tunaikanlah haji di Ka’bah sebelum kamu mati. Dia menjawab: Apa yang akan berlaku ke atasku wahai Tuhanku? Allah berkata: Apa yang kamu tidak tahu iaitu mati. Dia berkata: Apakah itu mati? Allah menjawab: Kamu akan merasainya. Dia berkata: Siapakah yang akan menjaga keluargaku? Allah menjawab: Bentangkan ia di langit, bumi dan bukit. Maka dia membentangkannya ke langit, lalu langit menolak, dia membentangkannya ke bukit dan bukit menolak. Lalu anaknya yang membunuh saudaranya menerimanya. Adam pun keluar dari bumi India dalam keadaan ingin menunaikan haji dan tidak ada kawasan yang dia turun (berhenti) yang mana dia akan makan dan minum padanya melainkan menjadi bangunan selepasnya dan kampung sehingga dia sampai ke Makkah. Para malaikat menyambutnya di al-Batha’ dan mereka berkata: Salam ke atasmu wahai Adam! Semoga diterima haji kamu. Adapun kami telah menunaikan haji di Kaabah ini 2000 tahun sebelummu. Kata Anas RA- Rasulullah SAW berkata: Kaabah pada waktu itu permata merah berongga baginya dua pintu, sesiapa yang tawaf akan melihat siapa di dalam Kaabah dan sesiapa di dalam Kaabah boleh melihat siapa yang tawaf. Setelah Adam selesai menunaikan ibadahnya, Allah mewahyukan: Wahai Adam! Kamu telah tunaikan ibadahmu? Adam menjawab: Ya wahai Tuhan. Allah berkata: Mintalah nescaya akan aku berikan hajatmu. Adam berkata: Hajatku adalah Kamu mengampunkan dosa aku dan dosa anakku. Allah berkata: Adapun dosamu wahai Adam! Kami telah ampunkannya ketika ia berlaku lagi. Adapun dosa anakmu, barang siapa yang mengenali-Ku, beriman dengan-Ku, membenarkan utusan-Ku dan kitab-Ku maka Kami akan ampunkan baginya dosanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1750-1751, hadis nombor 8823. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك مرفوعاً: ((أوحى الله تعالى إلى آدم عليه السلام؛ أن يا آدم! حج هذا البيت قبل أن يحدث بك حدث الموت. قال: وما حدث علي يا ربي؟! قال: ما لا تدري، وهو الموت. قال: وما الموت؟ قال: سوف تذوقه. قال: من أستخلف في أهلي؟ قال: اعرض ذلك على السماوات والأرض والجبال؛ فعرض على السماوات فأبت، وعرض على الأرض فأبت، وعرض على الجبال فأبت، وقبله ابنه؛ قاتل أخيه، فخرج آدم عليه السلام من أرض الهند حاجاً، فما نزل منزلاً أكل فيه وشرب؛ إلا صار عمراناً بعده وقرى، حتى قدم مكة؛ فاستقبلته الملائكة بالبطحاء، فقالوا: السلام عليك يا آدم! بر حجك، أما إنا قد حججنا هذا البيت قبلك بألفي عام. – قال أنس رضي الله عنه: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: والبيت يؤمئذ ياقوتة حمراء جوفاء، لها بابان، من يطوف يرى من في جوف البيت، ومن في جوف البيت يرى من يطوف -؛ فقضى آدم نسكه؛ فأوحى الله إليه: يا آدم! قضيت نسكك؟ قال: نعم يا رب! قال: فسل حاجتك تعط. قال: حاجتي أن تغفر لي ذنبي وذنب ولدي. قال: أما ذنبك يا آدم؛ فقد غفرناه حين وقعت بذنبك، وأما ذنب ولدك؛ فمن عرفني، وآمن بي، وصدق رسلي وكتابي؛ غفرنا له ذنبه)). [الأصفهاني، ((الضعيفة)) (5164)].

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Allah telah mewahyukan kepada Adam AS: Wahai Adam! Tunaikanlah haji di Ka’bah sebelum kamu mati. Dia menjawab: Apa yang akan berlaku ke atasku wahai Tuhanku? Allah berkata: Apa yang kamu tidak tahu iaitu mati. Dia berkata: Apakah itu mati? Allah menjawab: Kamu akan merasainya. Dia berkata: Siapakah yang akan menjaga keluargaku? Allah menjawab: Bentangkan ia di langit, bumi dan bukit. Maka dia membentangkannya ke langit, lalu langit menolak, dia membentangkannya ke bukit dan bukit menolak. Lalu anaknya yang membunuh saudaranya menerimanya. Adam pun keluar dari bumi India dalam keadaan ingin menunaikan haji dan tidak ada kawasan yang dia turun (berhenti) yang mana dia akan makan dan minum padanya melainkan menjadi bangunan selepasnya dan kampung sehingga dia sampai ke Makkah. Para malaikat menyambutnya di al-Batha’ dan mereka berkata: Salam ke atasmu wahai Adam! Semoga diterima haji kamu. Adapun kami telah menunaikan haji di Kaabah ini 2000 tahun sebelummu. Kata Anas RA- Rasulullah SAW berkata: Kaabah pada waktu itu permata merah berongga baginya dua pintu, sesiapa yang tawaf akan melihat siapa di dalam Kaabah dan sesiapa di dalam Kaabah boleh melihat siapa yang tawaf. Setelah Adam selesai menunaikan ibadahnya, Allah mewahyukan: Wahai Adam! Kamu telah tunaikan ibadahmu? Adam menjawab: Ya wahai Tuhan. Allah berkata: Mintalah nescaya akan aku berikan hajatmu. Adam berkata: Hajatku adalah Kamu mengampunkan dosa aku dan dosa anakku. Allah berkata: Adapun dosamu wahai Adam! Kami telah ampunkannya ketika ia berlaku lagi. Adapun dosa anakmu, barang siapa yang mengenali-Ku, beriman dengan-Ku, membenarkan utusan-Ku dan kitab-Ku maka Kami akan ampunkan baginya dosanya.”
[Riwayat al-Asfahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5164].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs