Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah telah menyediakan sebuah kubah yang diperbuat daripada permata delima putih bagi Abu Bakar di tempat yang tertinggi

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ اللَّهَ اتَّخَذَ لأَبِي بَكْرٍ فِي أَعْلَى عِلِّيِّينَ قُبَّةً مِنْ ياقوتة بيضاء معلقة بالقدرة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Allah telah menyediakan sebuah kubah yang diperbuat daripada batu delima putih bagi Abu Bakar di tempat yang tertinggi yang tergantung dengan kudrat Allah.

Sahabat Perawi

  1. al-Bara' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 332, hadis no. 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن البراء مرفوعا. وقال: موضوع.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada al-Bara’ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.