Allah telah menurunkan dua keamanan bagi umatku

TEKS BAHASA ARAB

أنزل الله على أمانين لأمتي ((وما كان الله ليعذبهم وأنت فيهم وما كان الله معذبهم وهم يستغفرون))، إذا مضيت تركت فيهم الاستغفار إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah menurunkan dua keamanan bagi umatku: ((Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun)). Apabila wafatnya aku, aku tinggalkan pada mereka (amalan) istighfar sehingga hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1802, hadis nombor 9084. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي موسى – رضي الله عنه – مرفوعا: أنزل الله على أمانين لأمتي ((وما كان الله ليعذبهم وأنت فيهم وما كان الله معذبهم وهم يستغفرون))، إذا مضيت تركت فيهم الاستغفار إلى يوم القيامة. [ت، ((الضعيفة)) (1690)]

(Lemah) Daripada Abu Musa RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah telah menurunkan dua keamanan bagi umatku: ((Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun)). Apabila wafatnya aku, aku tinggalkan pada mereka (amalan) istighfar sehingga hari kiamat. [Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1690]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs