Allah telah menjadikan Abu Bakar sebagai khalifah selepasku berdasarkan agama Allah dan wahyu-Nya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله جعل أبا بكر خليفتي على دين الله ووحيه، فاسمعوا له تفلحوا، وأطيعوه ترشدوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah telah menjadikan Abu Bakar sebagai khalifah selepasku berdasarkan agama Allah dan wahyu-Nya.Maka dengarlah arahannya nescaya kamu akan berjaya, dan taatlah kepada dia nescaya kamu akan diberikan petunjuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 332, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن ابن عباس مرفوعا، وهو موضوع.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs