Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah telah mengharamkan syurga bagi golongan munafik

Teks Bahasa Arab

إن الله حرَّمَ الجنةَ على كل مَراءٍ، ليس البرُّ في حُسْنِ اللِبَاسِ والزِّيِّ، ولكن البِرَّ السكينة والوقار.

Teks Bahasa Melayu

Allah SWT mengharamkan syurga bagi golongan munafik, kebaikan bukan (diukur) daripada cara berpakaian dan penampilan yang elok, tetapi kebaikan itu terletak pada ketenangan dan kelembutan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa’id RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1620, hadis no. 8182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الله حرم الجنة على كل مراء، ليس البر في حسن اللباس والزي، ولكن البر السكينة والوقار)). [فر، ((الضعيفة)) (3068، 4406)].

(Lemah) Daripada Abu Sa’id RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Allah SWT mengharamkan syurga bagi golongan munafik, kebaikan bukan (diukur) daripada cara berpakaian dan penampilan yang elok, tetapi kebaikan itu terletak pada ketenangan dan kelembutan.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3068, 4406].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.