Allah telah mengambil Ibrahim sebagai khalil (teman)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اتخذ الله إبراهيم خليلا، وموسى نجيا، واتخذني حبيبا، ثم قال وعزتي لأوثرن حبيبي على خليلي ونجيي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah mengambil Ibrahim sebagai khalil (teman), Musa sebagai teman berbisik dan Dia mengambilku sebagai kekasih, kemudian Allah berfirman: Demi kemuliaanku, sesungguhnya Aku lebih lunak dengan kekasihku berbanding khalilku dan teman berbisikku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1799, hadis nombor 9066. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ : اتخذ الله إبراهيم خليلا، وموسى نجيا، واتخذني حبيبا، ثم قال: وعزتي لأوثرن حبيبي على خليلي ونجيي . [الواحدي في (أسباب النزول)، فر، ((الضعيفة)) (1705)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Allah telah mengambil Ibrahim sebagai khalil (teman), Musa sebagai teman berbisik dan Dia mengambilku sebagai kekasih, kemudian Allah berfirman: Demi kemuliaanku, sesungguhnya Aku lebih lunak dengan kekasihku berbanding khalilku dan teman berbisikku." [Riwayat al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1705]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.