Allah telah mengambil beberapa genggam ilmu, kemudian menebarkannya di negeri-negeri

TEKS BAHASA ARAB

إن الله جعل العلم قبضات، ثم بثها في البلاد، فإذا سمعتم بعالم قد قبض من الأرض، فقد رفعت قبضة، فلا يزال يقبض حتى لا يبقى منه شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah mengambil beberapa genggam ilmu, kemudian Dia menebarkannya di negeri-negeri. Oleh itu, apabila kamu mendengar seseorang alim telah diwafatkan daripada bumi, maka telah diangkat satu genggaman, orang alim akan terus diwafatkan hingga tidak tinggal seorang pun dalam kalangan mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1245, hadis nombor 6353. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: إن الله جعل العلم قبضات، ثم بثها في البلاد، فإذا سمعتم بعالم قد قبض من الأرض، فقد رفعت قبضة، فلا يزال يقبض حتى لا يبقى منه شيء.
[فر، ((الضعيفة)) (2486)]

(Munkar)
Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah telah mengambil beberapa genggam ilmu, kemudian Dia menebarkannya di negeri-negeri. Oleh itu, apabila kamu mendengar seseorang alim telah diwafatkan daripada bumi, maka telah diangkat satu genggaman, orang alim akan terus diwafatkan hingga tidak tinggal seorang pun dalam kalangan mereka.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2486]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs