Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah telah menciptakan jin kepada tiga golongan: Golongan ular, kala jengking dan binatang perosak di bumi

Teks Bahasa Arab

خلق الله الجن على ثلاثة أصناف: صنف حيات وعقارب وخشاش الأرض، وصنف كالريح في الهواء، وصنف كبني آدم؛ عليهم الحساب والعقاب. وخلق الله الإنس على ثلاثة أصناف: صنف كالبهائم؛ لهم قلوب لا يعقلون بها، ولهم أعين لا يبصرون بها، ولهم آذان لا يسمعون بها، قال الله تعالى: (أولئك كالأنعام بل هم أضل) ، وصنف أجسادهم كأجساد بني آدم، وأرواحهم أرواح الشياطين، وصنف في ظل الله يوم لا ظل إلا ظله

Teks Bahasa Melayu

Allah telah menciptakan jin kepada tiga golongan: Golongan ular, kala jengking dan serangga di bumi. Golongan seperti angin di udara dan golongan seperti keturunan Adam, yang mana mereka juga akan melalui hisab dan pembalasan. Dan Allah telah menciptakan manusia kepada tiga golongan: Golongan seperti binatang ternakan, mereka mempunyai hati tetapi tidak menggunakan akal dengannya, mereka mempunyai mata tetapi tidak melihat dengannya, mereka mempunyai telinga tetapi tidak mendengar dengannya. Firman Allah SWT: ‘Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.’ [al-’Araf: 179]. Golongan kedua adalah golongan yang jasad mereka seperti jasad keturunan Adam tetapi roh mereka seperti roh syaitan dan golongan yang berada di bawah naungan Allah pada hari di mana tidak ada naugan melainkan naungan-Nya.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1685, hadis no. 8494. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-'Azamah dan al-Tarikh dan Abu Bakr al-Zakwani dalam al-Amali

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.