Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Allah telah mencabut nyawa Daud di hadapan para sahabatnya

Teks Bahasa Arab

لقد قَبضَ اللَّهُ داودَ من بينِ أصحابِهِ فما فُتِنوا ولا بَدَّلوا، ولقد مَكَثَ أصحابَ المسيحِ على سُنَّتِهِ وهديِهِ مئتي سَنةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Allah telah mencabut nyawa Daud di hadapan para sahabatnya. Mereka tidak diuji dan mereka tidak mengubah (agama). Para sahabat al-Masih tetap berada di atas sunnah dan petunjuknya selama 200 tahun.

Sahabat Perawi

  1. Abu Darda' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1912, hadis no. 9603. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي درداء رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لقد قبض الله داود من بين أصحابه، فما فُتِنُوا ولا بدَّلُوا، ولقد مكث أصحاب المسيح على سنته وهديه مئتي سنةٍ. [تخ، حب، عد، ((الضعيفة)) (5766)]

(Munkar) Daripada Abu Darda’ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah telah mencabut nyawa Daud di hadapan para sahabatnya. Mereka tidak diuji dan mereka tidak mengubah (agama). Para sahabat al-Masih tetap berada di atas sunnah dan petunjuknya selama 200 tahun. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Hibban dan Ibn Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5766]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.