Allah telah memerintahkan kepada Musa dan Harun untuk menyediakan rumah-rumah untuk kaum kereka

TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! إن الله أمر موسى وهارون أن يتبوأ لقومهما بيوتاً، وأمرهما أن لا يبيت في مسجدهما جنب، ولا يقربوا فيه النساء؛ إلا هارون وذريته. ولا يحل لأحد أن يعرك النساء في مسجدي هذا؛ ولا يبيت فيه جنب؛ إلا علي وذريته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada Musa dan Harun untuk menyediakan rumah-rumah untuk kaum kereka dan memerintahkan mereka berdua agar tidak membenarkan orang berjunub untuk bermalam di masjid mereka, tidak boleh dihampiri oleh wanita-wanita, kecuali Harun dan zuriat beliau. Juga tidak halal kepada sesiapa pun mengauli wanita di masjidku ini dan tidak halal bagi orang berjunub untuk bermalam di dalamnya kecuali ‘Ali dan zuriat beliau.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1212, hadis nombor 6171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي رافع أن النبي صلى الله عليه وسلم خطب الناس فقال: يا أيها الناس! إن الله أمر موسى وهارون أن يتبوأ لقومهما بيوتا، وأمرهما أن لا يبيت في مسجدهما جنب، ولا يقربوا فيه النساء؛ إلا هارون وذريته. ولا يحل لأحد أن يعرن النساء في مسجدي هذا؛ ولا يبيت فيه جنب؛ إلا علي وذريته.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4975)]

(Palsu)
Daripada Abi Rafi’ bahawa Nabi SAW pernah menyampaikan khutbah pada orang ramai. Baginda bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada Musa dan Harun untuk menyediakan rumah-rumah untuk kaum kereka dan memerintahkan mereka berdua agar tidak membenarkan orang berjunub untuk bermalam di masjid mereka, tidak boleh dihampiri oleh wanita-wanita, kecuali Harun dan zuriat beliau. Juga tidak halal kepada sesiapa pun mengauli wanita di masjidku ini dan tidak halal bagi orang berjunub untuk bermalam di dalamnya kecuali ‘Ali dan zuriat beliau.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4975]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs