Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أيُّها النَّاسُ! إنَّ اللهَ أَمرَ موسى وَهارونَ أن يَتبوَّآ لِقَومِهما بيوتًا، وأَمرَهُما أنْ لا يَبيتَ في مَسجِدِهما جُنبٌ، وَلا يَقرَبوا فيهِ النِّساءَ، إلَّا هارونَ وذُرِّيَّتَه. وَلا يَحِلُّ لِأحدٍ أن يعرك النِّساءَ في مَسجِدي هذا، وَلا يَبيتَ فيه جُنبٌ، إلَّا عليٌّ وذُرِّيَّتُه.
Teks Bahasa Melayu
Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada Musa dan Harun untuk menyediakan rumah-rumah untuk kaum kereka dan memerintahkan mereka berdua agar tidak membenarkan orang berjunub untuk bermalam di masjid mereka, tidak boleh dihampiri oleh wanita-wanita, kecuali Harun dan zuriat beliau. Juga tidak halal kepada sesiapa pun mengauli wanita di masjidku ini dan tidak halal bagi orang berjunub untuk bermalam di dalamnya kecuali 'Ali dan zuriat beliau.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1212, hadis no. 6171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي رافع أن النبي صلى الله عليه وسلم خطب الناس فقال: يا أيها الناس! إن الله أمر موسى وهارون أن يتبوأ لقومهما بيوتا، وأمرهما أن لا يبيت في مسجدهما جنب، ولا يقربوا فيه النساء؛ إلا هارون وذريته. ولا يحل لأحد أن يعرن النساء في مسجدي هذا؛ ولا يبيت فيه جنب؛ إلا علي وذريته. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4975)]
(Palsu) Daripada Abi Rafi' bahawa Nabi SAW pernah menyampaikan khutbah pada orang ramai. Baginda bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada Musa dan Harun untuk menyediakan rumah-rumah untuk kaum kereka dan memerintahkan mereka berdua agar tidak membenarkan orang berjunub untuk bermalam di masjid mereka, tidak boleh dihampiri oleh wanita-wanita, kecuali Harun dan zuriat beliau. Juga tidak halal kepada sesiapa pun mengauli wanita di masjidku ini dan tidak halal bagi orang berjunub untuk bermalam di dalamnya kecuali 'Ali dan zuriat beliau. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4975]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman