Allah telah memerintahkan aku untuk mengahwinkan Fatimah dengan Ali lalu aku melakukannya. Jibril berkata: Allah telah membina sebuah syurga daripada mutiara

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله أمرني أن أزوج فاطمة من علي ففعلت. فقال جبريل: إن الله قد بنى جنة من لؤلؤ إلخ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah telah memerintahkan aku untuk mengahwinkan Fatimah dengan Ali lalu aku melakukannya. Jibril berkata: Allah telah membina sebuah syurga daripada mutiara. Sehingga akhir hadith.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 390, hadis nombor 112. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن ابن مسعود مرفوعا مطولا. وقال في إسناده: عبد النور المسمعي.

Diriwayatkan oleh Al-Uqaili daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan panjang. Dia berkata pada sanadnya terdapat Abd al-Nur al-Misma’i.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs