Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ تعالى أمرني أن أُعلِّمَكم مما علَّمني، وأن أُؤَدِّبَكم، إذا قمتُم على أبوابِ حُجَرِكم؛ فاذكروا اسمَ اللهِ؛ يرجعُ الخبيثُ عن منازلِكم وإذا وُضِعَ بين يدي أحدِكم طعامٌ، فلْيُسمِّ اللهَ، حتى لا يشاركَكم الخبيثُ في أرزاقكم، ومن اغتسل بالليلِ، فليحاذرْ عن عورتِه، فإن لم يفعلْ فأصابَه لَمَمٌ، فلا يلومنَّ إلا نفسَه، ومن بال في مُغتَسَلِه فأصابه الوسواسُ، فلا يلومنَّ إلا نفسَه، وإذا رفعتُم المائدةَ، فاكنُسوا ما تحتها، فإنَّ الشياطينَ يلتقطون ما تحتَها؛ فلا تجعلوا بهم نصيبًا في طعامِكم.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memerintahkan aku supaya mengajarkan kepada kamu apa yang Dia telah ajarkan kepadaku dan supaya aku mendisiplinkan kamu. Apabila kamu berdiri di pintu bilik kamu, maka sebutlah nama Allah, syaitan yang jahat akan kembali daripada kediaman-kediaman kamu. Apabila makanan diletakkan di hadapan seseorang kamu, maka sebutlah nama Allah agar syaitan tidak bersama-sama kamu menikmati rezeki-rezeki kamu. Sesiapa yang mandi pada waktu malam, maka hendaklah dia menjaga auratnya, jika dia tidak melakukannya lalu ditimpa penyakit gila maka jangan dia mencela melainkan dirinya sendiri. Sesiapa yang kencing di tempat mandiannya, lalu dia ditimpa waswas maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri. Apabila kamu mengangkat hidangan, maka sapulah sisa di bawahnya kerana syaitan mengutip sisa yang terdapat di bawahnya, janganlah kamu memberikan habuan kepada mereka makanan kamu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1224, hadis no. 6234. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat munkar) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memerintahkan aku supaya mengajarkan kepada kamu apa yang Dia telah ajarkan kepadaku dan supaya aku mendisiplinkan kamu. Apabila kamu berdiri di pintu bilik kamu, maka sebutlah nama Allah, syaitan yang jahat akan kembali daripada kediaman-kediaman kamu. Apabila makanan diletakkan di hadapan seseorang kamu, maka sebutlah nama Allah agar syaitan tidak bersama-sama kamu menikmati rezeki-rezeki kamu. Sesiapa yang mandi pada waktu malam, maka hendaklah dia menjaga auratnya, jika dia tidak melakukannya lalu ditimpa penyakit gila maka jangan dia mencela melainkan dirinya sendiri. Sesiapa yang kencing di tempat mandiannya, lalu dia ditimpa waswas maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri. Apabila kamu mengangkat hidangan, maka sapulah sisa di bawahnya kerana syaitan mengutip sisa yang terdapat di bawahnya, janganlah kamu memberikan habuan kepada mereka makanan kamu. [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7082].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman