Allah telah memerintahkan aku (dalam riwayat lain: Aku diperintahkan) untuk mencintai empat orang dari sahabatku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله أمرني (في رواية: أمرت) بحب أربعة [من أصحابي]، وأخبرني أنه يحبهم، قيل: يا رسول الله! من هم؟ (وفي رواية: سمهم لنا) قال: علي منهم (يقول ذلك ثلاثا)، وأبو ذر، وسلمان، والمقداد، [أمرني بحبهم، وأخبرني أنه يحبهم].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah memerintahkan aku (dalam riwayat lain: Aku diperintahkan) untuk mencintai empat orang dari sahabatku dan Dia memberitahuku bahawa Dia cinta akan mereka (berempat). Lalu ditanya kepada baginda: "Siapakah mereka? (Dalam riwayat lain: Namakan keempat-empat orang itu) wahai Rasulullah." Baginda menjawab: "’Ali dari kalangan mereka." Baginda mengulang jawapan itu tiga kali. Dan Abu Zar, Salman serta al-Miqdad. [Dia (Allah) memerintahkan aku untuk mencintai mereka dan Dia memberitahuku bahawa Dia mencintai mereka]."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1803, hadis nombor 9088. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بريدة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله أمرني (في رواية: أمرت) بحب أربعة [من أصحابي]، وأخبرني أنه يحبهم))، قيل: يا رسول الله! من هم؟ (وفي رواية: سمهم لنا) قال: ((علي منهم))، يقول ذلك ثلاثا، ((وأبو ذر، وسلمان، والمقداد، [أمرني بحبهم، وأخبرني أنه يحبهم])). [تخ، ت، ه، حل، ك، حم، ((الضعيفة)) (1549، 2171، 3128)]

(Lemah) Daripada Buraidah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Allah telah memerintahkan aku (dalam riwayat lain: Aku diperintahkan) untuk mencintai empat orang dari sahabatku dan Dia memberitahuku bahawa Dia cinta akan mereka (berempat). Lalu ditanya kepada baginda: "Siapakah mereka? (Dalam riwayat lain: Namakan keempat-empat orang itu) wahai Rasulullah." Baginda menjawab: "’Ali dari kalangan mereka." Baginda mengulang jawapan itu tiga kali. Dan Abu Zar, Salman serta al-Miqdad. [Dia (Allah) memerintahkan aku untuk mencintai mereka dan Dia memberitahuku bahawa Dia mencintai mereka]." [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Sunan Tirmizi, Sunan Ibn Majah, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, al-Hakim dan Ahmad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1549, 2171, 3128]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.