Allah telah memberkati seseorang pada suatu keperluan yang dia banyak berdoa untuknya

TEKS BAHASA ARAB

لقد بارك الله لرجل في حاجة أكثر الدعاء فيها، أعطيها أو منعها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah memberkati seseorang pada suatu keperluan yang dia banyak berdoa untuknya, sama ada dia diberikan atau tidak diberikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1483, hadis nombor 7572. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((لقد بارك الله لرجل في حاجة أكثر الدعاء فيها، أعطيها أو منعها)). فحدثت به المنكدر بن محمد فقلت: أسمعت هذا من أبيك؟ قال: لا، ولكن دخلت مع أبي وأبي حازم على عمر بن عبد العزيز، فقال عمر لأبي: يا أبا بكر! ما لي أراك كأنك مهموم؟ قال: فقال له أبو حازم: الدين علي. فقال له عمر: ففتح لك فيه الدعاء؟ قال: نعم، قال: فقد بارك الله لك فيه. [خط، هب، ((الضعيفة)) (4314)]

(Lemah)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah telah memberkati seseorang pada suatu keperluan yang dia banyak berdoa untuknya, sama ada dia diberikan atau tidak diberikan. Aku pun menceritakannya kepada al-Munkadir bin Muhammad, setelah itu aku bertanya: "Adakah kamu pernah mendengar hadis ini daripada ayah kamu?", jawab beliau: "Tidak, tapi aku pernah masuk bersama ayahku dan Abu Hazim menemui ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, lalu ‘Umar bertanya ayahku: "Wahai Abu Bakr! Mengapa aku lihat kamu seakan-akan keresahan?", kata al-Munkadir: "Abu Hazim pun berkata kepada ‘Umar: "Hutang yang ditanggungnya". ‘Umar pun berkata kepadanya: "Lalu doa telah membuka jalan kepada kamu untuk membayar hutang?", jawab beliau: "Ya", ‘Umar pun berkata: "Sesungguhnya Allah telah memberkati kamu dalam perkara tersebut".
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4314]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs