Allah telah berkata: Wahai anak Adam! dua perkara yang salah satunya tidak akan menjadi milikmu

TEKS BAHASA ARAB

[قال الله تعالى:] يا ابن آدم! اثنتان لم تكن لك واحدة منهما: جعلت لك نصيباً من مالك حين أخذت بكظمك لأطهرك به وأزكيك، وصلاة عبادي عليك بعد انقضاء أجلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah berkata: Wahai anak Adam! dua perkara yang satu daripadanya pun sepatutnya tidak akan menjadi milikmu (tetapi rahmat jadikan ia bermanfaat untukmu) , 1- Aku telah menjadikan sebahagian daripada hartamu untukmu (infakkan sebagai wasiat) tatkala aku mengambil nyawamu supaya aku menyucikanmu dan membersihkanmu 2- solatnya hamba-hamba-Ku kepadamu setelah datangnya ajalmu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1743, hadis nombor 8775. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال، قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: (( [قال الله تعالى:] يا ابن آدم! اثنتان لم تكن لك واحدة منهما: جعلت لك نصيباً من مالك حين أخذت بكظمك لأطهرك به وأزكيك، وصلاة عبادي عليك بعد انقضاء أجلك.)) [هـ، عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (4042)].

(Lemah)
Daripada Ibnu Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Allah telah berkata: Wahai anak Adam! dua perkara yang satu daripadanya pun sepatutnya tidak akan menjadi milikmu (tetapi rahmat jadikan ia bermanfaat untukmu) , 1- Aku telah menjadikan sebahagian daripada hartamu untukmu (infakkan sebagai wasiat) tatkala aku mengambil nyawamu supaya aku menyucikanmu dan membersihkanmu 2- solatnya hamba-hamba-Ku kepadamu setelah datangnya ajalmu.))
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya dan Abd Bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4042].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs