Allah telah berfirman: Wahai anak Adam, jika kamu mengingati-Ku, maka kamu bersyukur kepada-Ku

TEKS BAHASA ARAB

قال االله – تعالى -: يا ابن آدم! إنك إذا ما ذكرتني شكرتني، وإذا نسيتني كفرتني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah berfirman: Wahai anak Adam, jika kamu mengingati-Ku, maka kamu bersyukur kepada-Ku, dan jika kamu melupakan-Ku, maka kamu telah kufur kepada-Ku.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2022, hadis nombor 10166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: قال االله – تعالى -: يا ابن آدم! إنك إذا ما ذكرتني شكرتني، وإذا نسيتني كفرتني.
[حل، ((الضعيفة)) (4041)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah telah berfirman: Wahai anak Adam, jika kamu mengingati-Ku, maka kamu bersyukur kepada-Ku, dan jika kamu melupakan-Ku, maka kamu telah kufur kepada-Ku.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4041]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs