Allah telah berfirman: Sesungguhnya Akulah Allah, Tuhanmu

TEKS BAHASA ARAB

قال الله – عز وجل -: إني أنا الله لا إله إلا أنا، فاعبدوني، من جاءني منكم بشهادة أن لا إله إلا الله بالإخلاص دخل في حصني، ومن دخل في حصني أمن من عذابي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah berfirman: Sesungguhnya Akulah Allah, Tuhanmu, Tiada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah Aku, sesiapa di antara kamu yang memberi kesaksian kepada-Ku bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dengan seikhlas hati, maka ia akan masuk ke dalam jagaan-Ku, dan sesiapa yang memasuki jagaan-Ku, maka dialah yang akan selamat daripada azab-Ku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2022, hadis nombor 10165. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – حدثنا رسول الله ﷺ عن جبريل – عليه السلام -، قال: قال الله – عز وجل -: إني أنا الله لا إله إلا أنا، فاعبدوني، من جاءني منكم بشهادة أن لا إله إلا الله بالإخلاص دخل في حصني، ومن دخل في حصني أمن من عذابي. [حل، ((الضعيفة)) (4037)]

(Lemah)
Daripada Ali bin abu Talib RA Rasulullah SAW telah memberitahu kami, daripada Jibril AS, katanya: Allah telah berfirman: Sesungguhnya Akulah Allah, Tuhanmu, Tiada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah Aku, sesiapa di antara kamu yang memberi kesaksian kepada-Ku bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dengan seikhlas hati, maka ia akan masuk ke dalam jagaan-Ku, dan sesiapa yang memasuki jagaan-Ku, maka dialah yang akan selamat daripada azab-Ku.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4037]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs