Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah telah berfirman: Sesungguhnya Aku, jin dan manusia dalam berita penting yang amat besar

Teks Bahasa Arab

قالَ اللهُ عزَّ وجلَّ: إنِّي والجنَّ والإنسَ في نبأ عَظيمٍ، أخلُقُ ويُعبَدُ غَيري، وأرزقُ ويُشكَرُ غيري.

Teks Bahasa Melayu

Allah Azzawajalla berfirman: "Sesungguhnya Aku, jin dan manusia dalam berita yang amat besar. Aku yang mencipta namun selain Aku yang disembah. Aku yang memberi rezeki namun selain Aku yang disyukuri".

Sahabat Perawi

  1. Abū al-Dardā’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 461, hadis no. 2472.

(ضعيف) عن أبي الدرداء - رضي الله عنه - مرفوعا: «قال الله عز وجل: إني والجن والإنس في نبأ عظيم، أخلق ويعبد غيري، وأرزق ويشكر غيري». [هب، ابن عساكر، الطبراني في «مسند الشاميين»، «الضعيفة» (2371)].

(Lemah) Daripada Abū al-Dardā’ RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Allah Azzawajalla berfirman: "Sesungguhnya Aku, jin dan manusia dalam berita yang amat besar. Aku yang mencipta namun selain Aku yang disembah. Aku yang memberi rezeki namun selain Aku yang disyukuri". [Riwayat al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq dan al-Ṭabarānī dalam Musnad al-Shāmiyyīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2371].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.