Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah Taala tidak memandang orang yang berbangga-bangga dengan pakaian baharunya

Teks Bahasa Arab

مَا مِنْ أحدٍ يَلْبَسُ ثوباً لِيُبَاهِيَ بِهِ؛ لينظرَ الناسُ إليهِ؛ إلا لَمْ ينظر الله إليه حتى ينزِعه.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada seorang pun yang memakai pakaian baru untuk berbangga atau dilihat oleh manusia kepadanya melainkan Allah tidak akan memandang ke arahnya sehingga dia membuka pakaiannya itu.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1631, hadis no. 8246. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أم سلمة - رضي الله عنها-، قالتْ: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ما من أحد يلبس ثوباً ليباهي به؛ لينظر الناس إليه؛ إلا لم ينظر الله إليه حتى ينزعه)). [طب، السلفي في ((معجم السفر))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5352)].

(Sangat Lemah) Daripada Ummu Salamah RA: Rasulullah SAW bersabda: ((Tidak ada seorang pun yang memakai pakaian baru untuk berbangga atau dilihat oleh manusia kepadanya melainkan Allah tidak akan memandang ke arahnya sehingga dia membuka pakaiannya itu.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Salafi dalam Mu’jam al-Safar, dan Ibn Asakir,. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5352].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.