Allah Ta'ala telah menciptakan Adam daripada tanah yang berlumpur dan mengulinya dengan air syurga

TEKS BAHASA ARAB

خلق الله تعالى آدم من طين الجابية، وعجنه بماء الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Ta’ala telah menciptakan Adam daripada tanah yang berlumpur dan mengulinya dengan air syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1656, hadis nombor 8358. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((خلق الله تعالى آدم من طين الجابية، وعجنه بماء الجنة)). [عد، ابن عساكر، الضياء في ((المجموع))، ((الضعيفة)) (354)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: ((Allah Ta’ala telah menciptakan Adam daripada tanah yang berlumpur dan mengulinya dengan air syurga)).
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, Ibn Asakir, dan al-Dhiya’ dalam al-Majmu’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 354].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs