TEKS BAHASA ARAB
ما من امرأة تخرج في شهرة من الطيب، فينظر الرجال إليها؛ إلا لم تزل في سخط الله حتى ترجع إلى بيتها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada wanita yang keluar memakai wangian lalu para lelaki memandang kepadanya (disebabkan tercium bau wangiannya) melainkan dia akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga dia pulang ke rumahnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1634, hadis nombor 8265. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ميمونة بنت سعد عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((ما من امرأة تخرج في شهرة من الطيب، فينظر الرجال إليها؛ إلا لم تزل في سخط الله حتى ترجع إلى بيتها)). [طب، ((الضعيفة)) (5951)]
(Lemah)
Daripada Maimunah binti Sa’ad: Daripada Nabi SAW bersabda: ((Tidak ada wanita yang keluar memakai wangian lalu para lelaki memandang kepadanya (disebabkan tercium bau wangiannya) melainkan dia akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga dia pulang ke rumahnya.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5951]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.