Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah Taala memuliakan umat ini dengan serban dan panji-panji

Teks Bahasa Arab

أَكْرَمَ الله عز وجل هذه الأمةِ بالعَمَائِمِ والآلويةِ.

Teks Bahasa Melayu

Allah memuliakan umat ini dengan serban dan panji-panji.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1632, hadis no. 8253. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن خالد معدان وفضيل بن فضالة قالا: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((أكرم الله عز وجل هذه الأمة بالعمائم والآلوية)). [ص، ((الضعيفة)) (5503)].

(Lemah) Daripada Khalid Ma’dan dan Fudhail bin Fudhalah berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Allah memuliakan umat ini dengan serban dan panji-panji.)) [Riwayat Sunan Sa’id bin Mansur. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5503].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.