Allah taala berfirman: Wahai anak Adam! Kamu tidak berlaku adil kepada-Ku

TEKS BAHASA ARAB

يقول الله تعالى: يا ابن آدم! ما تنصفني، أتحبب إليك بالنعم، وتتمقت إلي بالمعاصي، خيري إليك منزل، وشَرُّكَ إِلَيَّ صاعد، ولا يزال ملك كريم يأتيني عند كل يوم وليلة بعمل قبيح! يا ابن آدم! لو سمعت وصفك من غيرك وأنت لا تعلم من الموصوف؛ لسارعت إلى مقته!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah taala berfirman: Wahai anak Adam! Kamu tidak berlaku adil kepada-Ku. Aku menyukai untukmu dengan kenikmatan, sedangkan kamu menyebabkan Aku murka dengan kemaksiatan. Kebaikan-Ku diturunkan untukmu, sedangkan keburukanmu pula naik kepada-Ku. Sentiasalah ada malaikat yang mulia datang kepada-Ku setiap siang dan malam dengan amalan yang buruk! Wahai anak Adam! Kalaulah kamu dengar sifatmu daripada orang lain sedangkan kamu tidak mengenali siapa yang disifatkan itu, nescaya kamu akan segera marah kepadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2014, hadis nombor 10112. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: يقول الله تعالى: يا ابن آدم! ما تنصفني، أتحبب إليك بالنعم، وتتمقت إلي بالمعاصي، خيري إليك منزل، وشَرُّكَ إِلَيَّ صاعد، ولا يزال ملك كريم يأتيني عند كل يوم وليلة بعمل قبيح! يا ابن آدم! لو سمعت وصفك من غيرك وأنت لا تعلم من الموصوف؛ لسارعت إلى مقته.
[الرافعي، فر، ((الضعيفة)) (3287)]

(Palsu)
Daripada Ali RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Allah taala berfirman: Wahai anak Adam! Kamu tidak berlaku adil kepada-Ku. Aku menyukai untukmu dengan kenikmatan, sedangkan kamu menyebabkan Aku murka dengan kemaksiatan. Kebaikan-Ku diturunkan untukmu, sedangkan keburukanmu pula naik kepada-Ku. Sentiasalah ada malaikat yang mulia datang kepada-Ku setiap siang dan malam dengan amalan yang buruk! Wahai anak Adam! Kalaulah kamu dengar sifatmu daripada orang lain sedangkan kamu tidak mengenali siapa yang disifatkan itu, nescaya kamu akan segera marah kepadanya.
[Riwayat al-Rafi’e dalam Tarikh Qazwin dan al-Dailamy dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3287]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs