Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يقولُ اللهُ تعالى: يا ابنَ آدمَ! ما تُنْصِفُنِى، أَتَحَبَّبُ إليك بالنِّعَمِ، وتَتَمَقَّتُ إلَيَّ بالمعاصي، خَيْرِي إليكَ مُنَزَّلٌ، وشَرُّكَ إلَيَّ صاعِدٌ، ولا يَزَالُ مَلَكٌ كريمٌ يَأْتِينِي عندَ كلِّ يومٍ وليلةٍ بعملٍ قبيحٍ! يا ابن آدم! لو سَمِعْتَ وَصْفَكَ من غيرِك وأنتَ لا تعلمُ مَن الموصوفُ؛ لسارَعْتَ إلى مَقْتِهِ!
Teks Bahasa Melayu
Allah taala berfirman: Wahai anak Adam! Kamu tidak berlaku adil kepada-Ku. Aku menyukai untukmu dengan kenikmatan, sedangkan kamu menyebabkan Aku murka dengan kemaksiatan. Kebaikan-Ku diturunkan untukmu, sedangkan keburukanmu pula naik kepada-Ku. Sentiasalah ada malaikat yang mulia datang kepada-Ku setiap siang dan malam dengan amalan yang buruk! Wahai anak Adam! Kalaulah kamu dengar sifatmu daripada orang lain sedangkan kamu tidak mengenali siapa yang disifatkan itu, nescaya kamu akan segera marah kepadanya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2014, hadis no. 10112. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: يقول الله تعالى: يا ابن آدم! ما تنصفني، أتحبب إليك بالنعم، وتتمقت إلي بالمعاصي، خيري إليك منزل، وشَرُّكَ إِلَيَّ صاعد، ولا يزال ملك كريم يأتيني عند كل يوم وليلة بعمل قبيح! يا ابن آدم! لو سمعت وصفك من غيرك وأنت لا تعلم من الموصوف؛ لسارعت إلى مقته. [الرافعي، فر، ((الضعيفة)) (3287)]
(Palsu) Daripada Ali RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Allah taala berfirman: Wahai anak Adam! Kamu tidak berlaku adil kepada-Ku. Aku menyukai untukmu dengan kenikmatan, sedangkan kamu menyebabkan Aku murka dengan kemaksiatan. Kebaikan-Ku diturunkan untukmu, sedangkan keburukanmu pula naik kepada-Ku. Sentiasalah ada malaikat yang mulia datang kepada-Ku setiap siang dan malam dengan amalan yang buruk! Wahai anak Adam! Kalaulah kamu dengar sifatmu daripada orang lain sedangkan kamu tidak mengenali siapa yang disifatkan itu, nescaya kamu akan segera marah kepadanya. [Riwayat al-Rafi’e dalam Tarikh Qazwin dan al-Dailamy dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3287]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman