Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قال اللهُ تعالى: لا يَذكرُني عبدي في نفسِه، إلا ذكرتُه في ملأٍ من ملائكتِي، ولا يذكرُني في ملأٍ، إلا ذكرتُه في الرفيقِ الأعْلى.
Teks Bahasa Melayu
Allah Taala berfirman: Tidaklah seseorang hamba mengingati-Ku dalam dirinya, melainkan Aku menyebut namanya dalam kalangan malaikat-Ku yang terkemuka. Dan tidaklah dia menyebut nama-Ku dalam kalangan orang yang terkemuka melainkan Aku menyebut namanya dalam kalangan al-Rafiq al-A‘la (para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh).
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2070, hadis no. 10394. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معاذ رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: قال الله -تعالى-: لا يذكرني عبدي في نفسه، إلا ذكرته في ملأ من ملائكتي، ولا يذكرني في ملأ، إلا ذكرته في الرفيق الأعلى. [طب، ((الضعيفة)) (6641)]
(Munkar) Daripada Mu‘āż RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah Taala berfirman: Tidaklah seseorang hamba mengingati-Ku dalam dirinya, melainkan Aku menyebut namanya dalam kalangan malaikat-Ku yang terkemuka. Dan tidaklah dia menyebut nama-Ku dalam kalangan orang yang terkemuka melainkan Aku menyebut namanya dalam kalangan al-Rafiq al-A‘la (para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh). [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6641]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman