Allah Taala berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mengingati-Ku dalam dirinya

TEKS BAHASA ARAB

قال الله تعالى: لا يذكرني عبدي في نفسه، إلا ذكرته في ملأ من ملائكتي، ولا يذكرني في ملأ، إلا ذكرته في الرفيق الأعلى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Taala berfirman: Tidaklah seorang hambaku mengingati-Ku dalam dirinya, melainkan Aku menyebut namanya dalam kalangan malaikat-Ku yang terkemuka. Dan tidaklah dia menyebut nama-Ku dalam kalangan orang yang terkemuka melainkan Aku menyebut namanya dalam kalangan al-Rafiq al-A‘la (para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2064, hadis nombor 10370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن معاذ – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: قال الله -تعالى-: لا يذكرني عبدي في نفسه، إلا ذكرته في ملأ من ملائكتي، ولا يذكرني في ملأ، إلا ذكرته في الرفيق الأعلى.
[طب، ((الضعيفة)) (6641)]

(Munkar)
Daripada Mu‘āż RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah Taala berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mengingati-Ku dalam dirinya, melainkan Aku menyebut namanya dalam kalangan malaikat-Ku yang terkemuka. Dan tidaklah dia menyebut nama-Ku dalam kalangan orang yang terkemuka melainkan Aku menyebut namanya dalam kalangan al-Rafiq al-A‘la (para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh).
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6641]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs