Allah ta'ala berfirman: Ada 3 perkara yang aku sembunyikan dari hambaku

TEKS BAHASA ARAB

قال الله – عز وجل -: ثلاث خلال غيبتهن عن عبادي، لو رآهن رجل ما عمل سوءا أبدا: لو كشفت غطاءي حتى يراني فيستسقن ويعلم كيف أفعل لخلقي إذا أمتهم؟ وقبضت السموات والأرضين ثم قلت: أنا الملك من ذا الذي له الملك دوني؟! ثم أريهم الجنة وما أعددت لهم فيها من كل خير فيستيقنونها، وأريهم النار وما أعددت لهم من كل شر فيستيقنونها. ‌ولكن ‌عمدا غيبت ذلك عنهم؛ لأعلم كيف يعلمون، وقد بينته لهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Ta’ala berfirman: Ada 3 perkara yang aku sembunyikan dari hambaku. Jika ia dilihat oleh salah seorang dari hambaku maka sudah pasti dia tidak akan berbuat kejahatan selama-lamanya: Jika aku menyingkapkan penghadangku sehingga mereka melihatku dan mereka meyakini dan mengetahui apa yang aku lakukan kepada hamba-hambaku jika aku mematikan mereka? Lalu langit dan bumi dicabut kemudian aku berkata: Akulah raja, siapakah yang mempunyai kekuasaan selain dariku? Kemudian aku memperlihatkan kepada mereka syurga dan apa yang telah aku sediakan dari segala kebaikan lalu mereka meyakininya, dan aku memperlihatkan kepada mereka neraka dan apa yang telah aku sediakan dari segala keburukan lalu mereka meyakininya. Namun aku menyembunyikannya secara sengaja dari mereka, supaya aku tahu bagaimana mereka beramal, dan aku telah menerangkannya kepada mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 682, hadis nombor 3508. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((قال الله – عز وجل -: ثلاث خلال غيبتهن عن عبادي، لو رآهن رجل ما عمل سوءا أبدا: لو كشفت غطاءي حتى يراني فيستسقن ويعلم كيف أفعل لخلقي إذا أمتهم؟ وقبضت السموات والأرضين ثم قلت: أنا الملك من ذا الذي له الملك دوني؟! ثم أريهم الجنة وما أعددت لهم فيها من كل خير فيستيقنونها، وأريهم النار وما أعددت لهم من كل شر فيستيقنونها. ‌ولكن ‌عمدا غيبت ذلك عنهم؛ لأعلم كيف يعلمون، وقد بينته لهم)). [طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5608)]

(Lemah) Daripada Abi Malik al-Asy’ari RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Allah Ta’ala berfirman: Ada 3 perkara yang aku sembunyikan dari hambaku. Jika ia dilihat oleh salah seorang dari hambaku maka sudah pasti dia tidak akan berbuat kejahatan selama-lamanya: Jika aku menyingkapkan penghadangku sehingga mereka melihatku dan mereka meyakini dan mengetahui apa yang aku lakukan kepada hamba-hambaku jika aku mematikan mereka? Lalu langit dan bumi dicabut kemudian aku berkata: Akulah raja, siapakah yang mempunyai kekuasaan selain dariku? Kemudian aku memperlihatkan kepada mereka syurga dan apa yang telah aku sediakan dari segala kebaikan lalu mereka meyakininya, dan aku memperlihatkan kepada mereka neraka dan apa yang telah aku sediakan dari segala keburukan lalu mereka meyakininya. Namun aku menyembunyikannya secara sengaja dari mereka, supaya aku tahu bagaimana mereka beramal, dan aku telah menerangkannya kepada mereka.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5608]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs