Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Allah SWT tidak mengazab dengan permasalahan yang diperselisihkan tentangnya

Teks Bahasa Arab

لَا يُعَذِّبُ اللَّهُ بِمَسْأَلَةٍ اخْتُلِفَ فِيهَا.

Teks Bahasa Melayu

Allah SWT tidak mengazab dengan permasalahan yang diperselisihkan tentangnya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 208, hadis no. 404. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: أظنه من كلام بعض السلف، قلتُ: سمعت بعض مشايخي يقول من تبع عالما لقي الله سالما.

Al-Sakhawi berkata: Aku mengira ianya kalam daripada sebahagian salaf. Kataku (penulis kitab), aku telah mendengar sebahagian guru-guruku berkata: Barang siapa yang mengikut seorang alim, dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan selamat.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.