Allah SWT tidak memerintahkan Rasulullah SAW supaya mengumpul harta dunia

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تبارك وتعالى لم يأمرني بكنز الدنيا، ولا باتباع الشهوات، فمن كنز دنيا يريد به حياة باقية؛ فإن الحياة بيد الله، ألا وإني لا أكنز ديناراً ولا درهماً، ولا أخبأ رزقاً لغد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak memerintahkanku supaya mengumpul harta dunia mahupun mengikuti syahwat. Barangsiapa yang menyimpan harta dunia dengan beranggapan dia akan dapat hidup lama dengannya, (ingatlah) sesungguhnya hidup itu adalah di tangan Allah SWT. Bahkan aku sendiri tidak menyimpan satu dinar mahupun dirham, aku juga tidak menyimpan rezeki untuk hari esok.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 619, hadis nombor 3223. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: خرجت مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – حتى دخل بعض حيطان الأنصار، فجعل يلتقط من التمر ويأكل، فقال:((يا ابن عمر! ما لك لا تأكل؟!)) قلت: يا رسول الله! لا أشتهيه. قال: ((لكني أشتهيه، وهذا صبح رابعة لم أذق طعاماً ولم أجده، ولو شئت لدعوت ربي فأعطاني مثل كسرى وقيصر، فكيف بك يا ابن عمر! إذا بقيت في قوم يخبؤن رزق سنتهم؟!)). قال: فوالله ما برحنا حتى نزلت: {وكأين من دابة لا تحمل رزقها الله يرزقها وإياكم وهو السميع العليم}. فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله تبارك وتعالى لم يأمرني بكنز الدنيا، ولا باتباع الشهوات، فمن كنز دنيا يريد به حياة باقية؛ فإن الحياة بيد الله، ألا وإني لا أكنز ديناراً ولا درهماً، ولا أخبأ رزقاً لغد)). [ابن أبي الدنيا في ((الجوع))، ((الضعيفة)) (4874)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Umar RA beliau berkata: Aku keluar bersama Rasulullah SAW sehingga kami masuk ke kebun-kebun kepunyaan orang Ansar, lalu Baginda memetik kurma dan memakannya seraya bertanya: “Wahai Ibn Umar! Mengapa engkau tidak makan?." Aku berkata: "Wahai Rasulullah, aku tidak mengingininya." Baginda bersabda: “Tetapi aku menginginkannya, ini adalah subuh keempat aku tidak menjamah makanan mahupun menjumpainya, jika aku mahu aku boleh berdoa kepada Tuhanku lalu Dia memberiku (kurniaan) seperti kisra dan kaisar (Raja Parsi dan Raja Rom). Bagaimana denganmu wahai Ibn Umar! Jika kamu tinggal dengan kaum yang menyimpan rezeki tahunan mereka?". Ibn Umar berkata: "Demi Allah, kami tidak akan berhenti (berusaha mengumpul dan menyimpan rezeki) sehingga turun ayat: {Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu, dan Dia jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.} Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak memerintahkanku supaya mengumpul harta dunia mahupun mengikuti syahwat. Barangsiapa yang menyimpan harta dunia dengan beranggapan dia akan dapat hidup lama dengannya, (ingatlah) sesungguhnya hidup itu adalah di tangan Allah SWT. Bahkan aku sendiri tidak menyimpan satu dinar mahupun dirham, aku juga tidak menyimpan rezeki untuk hari esok.”
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ju’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4874].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs