Allah SWT tidak memburukkan seorang hamba melainkan dihalang dari memperoleh ilmu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما استرذل الله عبدا إلا حظر عليه العلم والأدب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah SWT tidak memburukkan seorang hamba melainkan dihalang daripada memperoleh ilmu dan adab.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 285, hadis nombor 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الميزان: هو باطل.

Al-Zahabi berkata di dalam al-Mizan: hadith ini batil.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.