Allah SWT tidak membenarkan ada kitab yang sahih kecuali kitabnya

TEKS BAHASA ARAB

أبى الله أن يصح إلا كتابه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT tidak membenarkan ada kitab yang sahih kecuali kitabnya.

STATUS

Tidak Diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 50, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لا أعرفه.

Al-Sakhawi berkata: Aku tidak mengetahuinya (sumbernya).

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.