Allah SWT tidak mematikan kanīnah seorang hamba lalu dia bersabar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يذهب الله بكنينة عبد فيصبر ويحتسب إلا دخل الجنة وكنينته زوجته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT tidak mematikan kanīnah seorang hamba lalu dia bersabar dan mengharapkan ganjaran, melainkan dia akan masuk ke dalam syurga. Kanīnahnya ialah isterinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 137, hadis nombor 690. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ : لا يذهب الله بكنينة عبد فيصبر ويحتسب إلا دخل الجنة وگنیته زوجته. [ابن حبان في الضعفاء، أبو نعيم في أخبار أصبهان، الضعيفة (6425)]،

(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘: Allah SWT tidak mematikan kanīnah seorang hamba lalu dia bersabar dan mengharapkan ganjaran, melainkan dia akan masuk ke dalam syurga. Kanīnahnya ialah isterinya. [Diriwayatkan oleh Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6425)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.