Allah SWT tidak memandang pada orang yang berinai dengan warna hitam pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله لا ينظر إلى من يخضب بالسواد يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT tidak memandang pada orang yang berinai dengan warna hitam pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1621, hadis nombor 8185. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عامر، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله لا ينظر إلى من يخضب بالسواد يوم القيامة)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (3115)].

(Lemah)
Daripada Amir, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Allah SWT tidak memandang pada orang yang berinai dengan warna hitam pada hari kiamat.))
[Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3115].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs