Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ لا يَنْظُرُ إلى من يَخْضِبُ بالسَّوَادِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Allah SWT tidak memandang pada orang yang berinai dengan warna hitam pada hari kiamat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1621, hadis no. 8185. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عامر، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله لا ينظر إلى من يخضب بالسواد يوم القيامة)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (3115)].
(Lemah) Daripada Amir, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Allah SWT tidak memandang pada orang yang berinai dengan warna hitam pada hari kiamat.)) [Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3115].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman