Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للهَ في كلِّ يومٍ ثلاث مئة وستين نظرة؛ لا يَنْظُرُ فِيْهَا إلى صاحبِ الشاه. يعني: الشِّطرُنَجْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi Allah pada setiap hari tiga ratus enam puluh pandangan, dan Dia tidak melihat kepada pemilik 'Raja' yakni: 'permainan catur'.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1624, hadis no. 8208. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن واثلة بن الأسقع - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن لله في كل يوم ثلاث مئة وستين نظرة؛ لا ينظر فيها إلى صاحب الشاه. يعني: الشطرنج)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (4048)].
(Palsu) Daripada Wathilah Bin al-Asqa’ RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya bagi Allah pada setiap hari tiga ratus enam puluh pandangan, dan Dia tidak melihat kepada pemilik 'Raja' yakni: 'permainan catur'.)) [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4048].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman