Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اثنانِ لا يَنْظُرُ اللهُ إليهما يومَ القيامةِ، قاطعُ الرَّحِمِ، وجارُ السُّوءِ.
Teks Bahasa Melayu
Dua golongan manusia yang Allah SWT tidak akan melihat ke arah mereka berdua pada hari kiamat: Orang yang memutuskan silaturahim dan jiran yang jahat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 184, hadis no. 941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((اثنان لا ينظر الله إليهما يوم القيامة، قاطع الرحم وجار السوء)). [فر، ((الضعيفة)) (1997)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua golongan manusia yang Allah SWT tidak akan melihat ke arah mereka berdua pada hari kiamat: Orang yang memutuskan silaturahim dan jiran yang jahat. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1997]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman