Dia sekarang seperti sediakala seperti sebelumnya.

TEKS BAHASA ARAB

وهو الآن على ما هو عليه كان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dia (Allah) sekarang seperti sediakala seperti sebelumnya.

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 132, hadis nombor 220. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حديث كان الله ولا شيء معه وفي رواية ولا شيء غيره وفي رواية ولم يكن شيء قبله ثابت ولكن الزيادة وهي قولهم وهو الآن على ما هو عليه كان من كلام الصوفية.

Hadis “Allah telah wujud sedangkan tiada sesuatu pun bersama-Nya”. Dan dalam sebuah riwayat: “Dan tiada sesuatu selain-Nya”. Dan dalam sebuah riwayat: “Dan tidak ada sesuatu pun sebelum-Nya”. Hadis sabit (sahih). Tetapi tambahan iaitu kata-kata mereka: “Dia (Allah) sekarang seperti sediakala seperti sebelumnya”, ia adalah kalam orang-orang sufi.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs