Sahih

30/06/2024

minit bacaan



Allah SWT telah wujud sedangkan tiada sesuatu pun bersama-Nya

Teks Bahasa Arab

كَانَ اللَّهُ وَلا شَيْءٌ مَعَهُ. وَفِي رِوَايَةٍ: وَلا شَيْءٌ غَيْرَهُ. وَفِي رِوَايَةٍ: وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ قَبْلَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Allah SWT telah wujud sedangkan tiada sesuatu pun bersama-Nya. Dan dalam sebuah riwayat: Dan tiada sesuatu selain-Nya. Dan dalam sebuah riwayat: Dan tidak ada sesuatu pun sebelum-Nya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 132, hadis no. 220. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو ثابت. ولكن الزيادة وهي قولهم وهو الآن على ما هو عليه كان من كلام الصوفية.

Hadis sabit (sahih). Tetapi tambahan iaitu kata-kata mereka: “Dia (Allah) sekarang seperti sediakala seperti sebelumnya”, ia adalah kalam orang-orang sufi.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.