TEKS BAHASA ARAB
أنزل الله علي أمانين لأمتي {وما كان الله ليعذبهم وأنت فيهم، وما كان الله معذبهم وهم يستغفرون}، إذا مضيت تركت فيهم الاستغفار إلى يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah SWT telah turunkan kepadaku dua ayat keamanan untuk umatku, iaitu: {Dan Allah tidak akan mengazab mereka selagi kamu berada dalam kalangan mereka dan Allah tidak akan mengazab mereka selagimana mereka memohon keampunan}, [Surah al-Anfal ayat 33], apabila aku telah tiada, aku tinggalkan kepada mereka istighfar hingga hari kiamat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1425, hadis nombor 7237. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي موسى رضي الله عنه مرفوعا: أنزل الله علي أمانين لأمتي {وما كان الله ليعذبهم وأنت فيهم، وما كان الله معذبهم وهم يستغفرون}، إذا مضيت تركت فيهم الاستغفار إلى يوم القيامة.
[ت، ((الضعيفة)) (1690)]
(Lemah)
Daripada Abi Musa RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah SWT telah turunkan kepadaku dua ayat keamanan untuk umatku, iaitu: {Dan Allah tidak akan mengazab mereka selagi kamu berada dalam kalangan mereka dan Allah tidak akan mengazab mereka selagimana mereka memohon keampunan}, [Surah al-Anfal ayat 33], apabila aku telah tiada, aku tinggalkan kepada mereka istighfar hingga hari kiamat.
[Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1690]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.