Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah SWT telah turunkan kepadaku dua ayat keamanan untuk umatku

Teks Bahasa Arab

أنزل اللهُ عَلَيَّ أمانَيْنِ لأمتي {وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ}، إذا مَضَيْتُ تركتُ فيهم الاستغفارَ إلى يومِ القيامةِ.

Teks Bahasa Melayu

Allah SWT telah turunkan kepadaku dua ayat keamanan untuk umatku, iaitu: {Dan Allah tidak akan mengazab mereka selagi kamu berada dalam kalangan mereka dan Allah tidak akan mengazab mereka selagimana mereka memohon keampunan}, [Surah al-Anfal ayat 33], apabila aku telah tiada, aku tinggalkan kepada mereka istighfar hingga hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Musa RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1425, hadis no. 7237. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي موسى رضي الله عنه مرفوعا: أنزل الله علي أمانين لأمتي {وما كان الله ليعذبهم وأنت فيهم، وما كان الله معذبهم وهم يستغفرون}، إذا مضيت تركت فيهم الاستغفار إلى يوم القيامة. [ت، ((الضعيفة)) (1690)]

(Lemah) Daripada Abi Musa RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah SWT telah turunkan kepadaku dua ayat keamanan untuk umatku, iaitu: {Dan Allah tidak akan mengazab mereka selagi kamu berada dalam kalangan mereka dan Allah tidak akan mengazab mereka selagimana mereka memohon keampunan}, [Surah al-Anfal ayat 33], apabila aku telah tiada, aku tinggalkan kepada mereka istighfar hingga hari kiamat. [Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1690]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.