Allah SWT telah mewahyukan kepada Musa AS: Sesungguhnya engkau tidak akan mendekatiku dengan sesuatu yang aku cintai

TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله تعالى إلى موسى عليه السلام: إنك لن تتقرب إلي بشيء أحب إلي من الرضا بقضائي، ولم تعمل عملا أحبط لحسناتك من الكبرياء، يا موسى! لا تضر على أهل الدنيا فأسخط عليك، ولا تخف بدينك لدنياهم فأغلق عليك أبواب رحمتي، يا موسى! قل للمذنبين النادمين: أبشروا، وقل للعاملين المعجبين: اخسروا


TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT telah mewahyukan kepada Musa AS: Sesungguhnya engkau tidak akan mendekatiku dengan sesuatu yang aku lebih cintai daripada redha dengan ketentuan-Ku dan kau tidak mengamalkan amalan yang aku gugurkan kebaikanmu daripada bangga diri. Wahai Musa! Janganlah kamu tunduk kepada ahli dunia, maka aku akan marah kepadamu. Dan jangan engkau takutkan agama kamu kerana dunia mereka, maka akan aku tutup kepadamu pintu-pintu rahmat. Wahai Musa! Katakanlah kepada pendosa yang menyesal: Bergembiralah. Dan katakanlah kepada orang-orang yang beramal dan yang bangga: Rugilah kamu.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1676, hadis nombor 8453. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Abbas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah .

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs