Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أوحى الله تعالى إلى موسى عليه السلام: إنك لن تتقرب إلي بشيء أحب إلي من الرضا بقضائي، ولم تعمل عملا أحبط لحسناتك من الكبرياء، يا موسى! لا تضر على أهل الدنيا فأسخط عليك، ولا تخف بدينك لدنياهم فأغلق عليك أبواب رحمتي، يا موسى! قل للمذنبين النادمين: أبشروا، وقل للعاملين المعجبين: اخسروا
Teks Bahasa Melayu
Allah SWT telah mewahyukan kepada Musa AS: Sesungguhnya engkau tidak akan mendekatiku dengan sesuatu yang aku lebih cintai daripada redha dengan ketentuan-Ku dan kau tidak mengamalkan amalan yang aku gugurkan kebaikanmu daripada bangga diri. Wahai Musa! Janganlah kamu tunduk kepada ahli dunia, maka aku akan marah kepadamu. Dan jangan engkau takutkan agama kamu kerana dunia mereka, maka akan aku tutup kepadamu pintu-pintu rahmat. Wahai Musa! Katakanlah kepada pendosa yang menyesal: Bergembiralah. Dan katakanlah kepada orang-orang yang beramal dan yang bangga: Rugilah kamu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1676, hadis no. 8453. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman