Allah SWT telah menuliskan musibah dan ajal serta membahagikan rezeki untuk manusia sehingga akhir hayatnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليس أحد منكم بأكسب من أحد، وكتب الله المصيبة والأجل، وقسم المعيشة والعمل، والناس يجرون فيه على منتهى، والرزق مقسوم وهو آت ابن آدم على أي سيرة سارها، ليس تقوى تقي بزائده ولا فجور فاجر بناقصه، بينه وبين الله ستر وهو طالبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang pun daripada kamu yang akan dapat lebih banyak dari yang lain, Allah telah menuliskan musibah dan ajal serta membahagikan kehidupan dan kerja, manusia akan melaluinya sehingga akhir hayat, rezeki dibahagikan dan akan datang kepada anak Adam dalam perjalanan apa pun yang dilaluinya, bukanlah takwa itu menjadikan dia mempunyai kelebihan, bukanlah maksiat itu menjadikan pelaku maksiat mempunyai kekurangan, antara dia dengan Tuhan ada penghalang dan dialah penuntutnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 616, hadis nombor 3214. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ليس أحد منكم بأكسب من أحد، وكتب الله المصيبة والأجل، وقسم المعيشة والعمل، والناس يجرون فيه على منتهى، والرزق مقسوم وهو آت ابن آدم على أي سيرة سارها، ليس تقوى تقي بزائده ولا فجور فاجر بناقصه، بينه وبين الله ستر وهو طالبه)). [ابن المظفر في ((الفوائد المنتقاة))، أبو محمد الجوهري في ((أربعة مجالس))، ((الضعيفة)) (4131)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada seorang pun daripada kamu yang akan dapat lebih banyak dari yang lain, Allah telah menuliskan musibah dan ajal serta membahagikan kehidupan dan kerja, manusia akan melaluinya sehingga akhir hayat, rezeki dibahagikan dan akan datang kepada anak Adam dalam perjalanan apa pun yang dilaluinya, bukanlah takwa itu menjadikan dia mempunyai kelebihan, bukanlah maksiat itu menjadikan pelaku maksiat mempunyai kekurangan, antara dia dengan Tuhan ada penghalang dan dialah penuntutnya.))
[Riwayat Ibn al-Muzaffar dalam al-Fawaid al-Muntaqah, dan Abu Muhammad al-Jauhari dalam Arbaah Majalis. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4131].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.