Allah SWT telah mengurniakan kepadaku al-Sab'u sebagai ganti kepada Taurat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى أعطاني: (السبع) مكان التوراة وأعطاني: الراءات إلى: الطواسين مكان الإنجيل وأعطاني ما بين: الطواسين إلى: الحواميم مكان الزبور وفضلني بـالحواميم و المفصل ما قرأهن نبي من قبلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT telah mengurniakan kepadaku al-Sab’u sebagai ganti kepadaTaurat, Dia juga mengurniakanku huruf-huruf ra’ sehingga huruf-huruf to’ sin sebagai ganti Injil, Dia juga mengurniakanku surah-surah antara huruf-huruf to’ sin sehingga surah-surah ha’ mim sebagai ganti Zabur. Dia telah mengurniakan kelebihan kepada aku dengan surah-surah ha’ mim dan surah-surahal-Mufassal yang tidak pernah dibaca oleh mana-mana nabi sebelumku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1106, hadis nombor 5603. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: (إن الله تعالى أعطاني: (السبع) مكان التوراة وأعطاني: الراءات إلى: الطواسين مكان الإنجيل وأعطاني ما بين: الطواسين إلى: الحواميم مكان الزبور وفضلني بـالحواميم و المفصل ما قرأهن نبي من قبلي. [ابن نصر في قيام الليل، الضعيفة (7081)].

(Sangat munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT telah mengurniakan kepadaku al-Sab’u sebagai ganti kepadaTaurat, Dia juga mengurniakanku huruf-huruf ra’ sehingga huruf-huruf to’ sin sebagai ganti Injil, Dia juga mengurniakanku surah-surah antara huruf-huruf to’ sin sehingga surah-surah ha’ mim sebagai ganti Zabur. Dia telah mengurniakan kelebihan kepada aku dengan surah-surah ha’ mim dan surah-surahal-Mufassal yang tidak pernah dibaca oleh mana-mana nabi sebelumku. [Riwayat Ibn Nasr dalam Qiyam al-Lail. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 7081]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs