Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللَّهَ تعالى أَعْطَانِي: (السَّبْعَ) مَكَانَ (التَّوْرَاةِ) وَأَعْطَانِي: (الرَّاءَاتِ) إلى: (الطَّوَاسِينَ) مكان (الْإِنْجِيلِ) وَأَعْطَانِي مَا بَيْنَ: (الطَّوَاسِينَ) إِلَى: (الْحَوَامِيمِ) مَكَانَ (الزَّبُورِ) وَفَضَّلَنِي بِـ (الْحَوَامِيمِ) وَ (الْمُفَصَّلِ) مَا قَرَأَهُنَّ نَبِيٌّ مِنْ قَبْلِي.
Teks Bahasa Melayu
Allah SWT telah mengurniakan kepadaku al-Sab'u sebagai ganti kepadaTaurat, Dia juga mengurniakanku huruf-huruf ra’ sehingga huruf-huruf to’ sin sebagai ganti Injil, Dia juga mengurniakanku surah-surah antara huruf-huruf to’ sin sehingga surah-surah ha’ mim sebagai ganti Zabur. Dia telah mengurniakan kelebihan kepada aku dengan surah-surah ha’ mim dan surah-surahal-Mufassal yang tidak pernah dibaca oleh mana-mana nabi sebelumku.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1106, hadis no. 5603. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT telah mengurniakan kepadaku al-Sab'u sebagai ganti kepadaTaurat, Dia juga mengurniakanku huruf-huruf ra’ sehingga huruf-huruf to’ sin sebagai ganti Injil, Dia juga mengurniakanku surah-surah antara huruf-huruf to’ sin sehingga surah-surah ha’ mim sebagai ganti Zabur. Dia telah mengurniakan kelebihan kepada aku dengan surah-surah ha’ mim dan surah-surahal-Mufassal yang tidak pernah dibaca oleh mana-mana nabi sebelumku. [Riwayat Ibn Nasr dalam Qiyam al-Lail. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 7081]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman