Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah SWT telah mengahwinkan baginda SAW di syurga

Teks Bahasa Arab

أما شْعَرْتِ أَنَّ اللَّهَ عز وجل قَدْ زَوَّجَنِي فِي الْجَنَّةِ مَرْيَمَ ‌بِنْتَ ‌عِمْرَانَ ‌وَكَلْثُمَ أُخْتَ مُوسَى وَامْرَأَةَ فِرْعَوْنَ؟.

Teks Bahasa Melayu

Adakah engkau merasakan bahawa Allah telah mengahwinkan aku di syurga dengan Maryam binti Imran dan Kalthum saudara perempuan Musa dan isteri Fir'aun?

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 723, hadis no. 3690. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: أما شعرت أن الله عز وجل قد زوجني في الجنة مريم بنت عمران وكلثم أخت موسى وامرأة فرعون؟. [طب، ((الضعيفة)) (812، 7053)].

(Palsu) Daripada Abi 'Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Adakah engkau merasakan bahawa Allah telah mengahwinkan aku di syurga dengan Maryam binti Imran dan Kalthum saudara perempuan Musa dan isteri Fir'aun? [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 812, 7053].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.