Allah SWT telah menciptakan jin dan manusia dalam tiga golongan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خلق الله الجن على ثلاثة أصناف: صنف حيات وعقارب وخشاش الأرض، وصنف كالريح في الهواء، وصنف كبني آدم؛ عليهم الحساب والعقاب. وخلق الله الإنس على ثلاثة أصناف: صنف كالبهائم؛ لهم قلوب لا يعقلون بها، ولهم أعين لا يبصرون بها، ولهم آذان لا يسمعون بها، قال الله تعالى: {أولئك كالأنعام بل هم أضل}، وصنف أجسادهم كأجساد بني آدم، وأرواحهم أرواح الشياطين، وصنف في ظل الله يوم لا ظل إلا ظله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah menciptakan jin dalam tiga golongan: Satu golongan dengan rupa ular, kala jengking dan serangga, satu golongan seperti angin di udara dan satu golongan seperti manusia. Mereka turut dihisab dan dihukum. Manakala, Allah menciptakan manusia pula dalam tiga golongan: (Golongan pertama) satu golongan seperti haiwan ternakan; mereka mempunyai hati tapi tidak berfikir menggunakannya, mereka mempunyai mata namun tidak melihat menggunakannya dan mereka mempunyai telinga tapi tidak mendengar menggunakannya. Allah Taala berfirman: Mereka itu seperti haiwan, bahkan lebih sesat lagi. (Golongan kedua) satu golongan jasad mereka seperti jasad manusia, sedangkan roh mereka adalah roh-roh syaitan, dan (golongan ketiga) satu golongan lagi berada di bawah naungan Allah pada hari yang tidak ada lagi naungan melainkan naungan-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1469, hadis nombor 7482. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه – مرفوعا: ((خلق الله الجن على ثلاثة أصناف: صنف حيات وعقارب وخشاش الأرض، وصنف كالريح في الهواء، وصنف كبني آدم؛ عليهم الحساب والعقاب. وخلق الله الإنس على ثلاثة أصناف: صنف كالبهائم؛ لهم قلوب لا يعقلون بها، ولهم أعين لا يبصرون بها، ولهم آذان لا يسمعون بها، قال الله- تعالى-: {أولئك كالأنعام بل هم أضل} ، وصنف أجسادهم كأجساد بني آدم، وأرواحهم أرواح الشياطين، وصنف في ظل الله يوم لا ظل إلا ظله)). [أبو الشيخ في ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (3549)]

(Lemah)
Daripada Abu Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah telah menciptakan jin dalam tiga golongan: Satu golongan dengan rupa ular, kala jengking dan serangga, satu golongan seperti angin di udara dan satu golongan seperti manusia. Mereka turut dihisab dan dihukum. Manakala, Allah menciptakan manusia pula dalam tiga golongan: (Golongan pertama) satu golongan seperti haiwan ternakan; mereka mempunyai hati tapi tidak berfikir menggunakannya, mereka mempunyai mata namun tidak melihat menggunakannya dan mereka mempunyai telinga tapi tidak mendengar menggunakannya. Allah Taala berfirman: Mereka itu seperti haiwan, bahkan lebih sesat lagi. (Golongan kedua) satu golongan jasad mereka seperti jasad manusia, sedangkan roh mereka adalah roh-roh syaitan, dan (golongan ketiga) satu golongan lagi berada di bawah naungan Allah pada hari yang tidak ada lagi naungan melainkan naungan-Nya.
[Riwayat Abu al-Shaikh dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3549]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.