Allah SWT telah menghadapkan Syam kepadaku dan membelakangkan Yaman kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

إن الله استقبل بي الشام وولّى ظهر اليمن ثم قال لي: يا محمد إني قد جعلت لك ما تجاهك غنيمة ورزقا وما خلف ظهرك مددا. ولا يزال الله يزيد أو قال: يعزّ الإسلام وأهله وينقص الشرك وأهله حتى يسير الراكب بين كذا يعني: البحرين لا يخشى إلا جورا وليبلغنّ هذا الأمر مبلغ الليل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT telah menghadapkan Syam kepadaku dan membelakangkan Yaman kepadaku. Kemudian Allah berfirman kepadaku: Wahai Muhammad, sesungguhnya Aku telah menjadikan apa yang ada di hadapan kamu sebagai harta rampasan perang dan rezeki untuk kamu. Di belakang kamu ialah pertolongan. Allah akan sentiasa menambah, dalam riwayat lain menyebut : memuliakan Islam dan penganutnya serta menghapuskan syirik dan penyembahnya sehinggalah orang yang mengembara dengan jarak sekian sekian iaitu Bahrain, dia tidak takut sesuatu melainkan gangguan di tengah jalan dan perkara ini akan berlaku di mana-mana tempat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1014, hadis nombor 5221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إن الله استقبل بي الشام وولّى ظهر اليمن ثم قال لي: يا محمد إني قد جعلت لك ما تجاهك غنيمة ورزقا وما خلف ظهرك مددا. ولا يزال الله يزيد أو قال: يعزّ الإسلام وأهله وينقص الشرك وأهله حتى يسير الراكب بين كذا يعني: البحرين لا يخشى إلا جورا وليبلغنّ هذا الأمر مبلغ الليل. [طب، مسند الشاميين، حل، ابن عساكر، الضعيفة (5848)]

(Lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT telah menghadapkan Syam kepadaku dan membelakangkan Yaman kepadaku. Kemudian Allah berfirman kepadaku: Wahai Muhammad, sesungguhnya Aku telah menjadikan apa yang ada di hadapan kamu sebagai harta rampasan perang dan rezeki untuk kamu. Di belakang kamu ialah pertolongan. Allah akan sentiasa menambah, dalam riwayat lain menyebut : memuliakan Islam dan penganutnya serta menghapuskan syirik dan penyembahnya sehinggalah orang yang mengembara dengan jarak sekian sekian iaitu Bahrain, dia tidak takut sesuatu melainkan gangguan di tengah jalan dan perkara ini akan berlaku di mana-mana tempat.[Riwayat Al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan juga Musnad al-Shamiyyin, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5848]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs