“Allah SWT telah memberi wasiat kepadaku (untuk berbuat baik) terhadap kaum kerabat, dan Allah SWT telah perintahkan aku untuk memulakan dengan al-‘Abbās

TEKS BAHASA ARAB

أوصاني الله بذي القربى، وأمرني أن أبدأ بالعباس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT telah memberi wasiat kepadaku (untuk berbuat baik) terhadap kaum kerabat, dan Allah SWT telah perintahkan aku untuk memulakan dengan al-‘Abbās.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 52, hadis nombor 219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن ثعلبة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أوصاني الله بذي القربى، وأمرني أن أبدأ بالعباس)). [ك، ((الضعيفة)) (3338)].

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn Tha’labah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Allah SWT telah memberi wasiat kepadaku (untuk berbuat baik) terhadap kaum kerabat, dan Allah SWT telah perintahkan aku untuk memulakan dengan al-‘Abbās.))
[Riwayat Al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3338.]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.